BERNAMA › BERITA




Kenali Keunikan Kesultanan Johor Menerusi Pameran


Oleh Lucia Terey Anak John

JOHOR BAHARU (Bernama) -- Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berlangsung 23 Mac, bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai mempelajari istiadat diraja itu, malah membuka mata tentang keunikan sejarah dan khazanah yang dimiliki negeri ini.

Manakan tidak, kali terakhir ia diadakan ialah pada 10 Feb 1960, iaitu 55 tahun lepas. Justeru itu, ia diibaratkan sebagai platform kepada rakyat untuk bersatu dan berkumpul bagi meraikan upacara itu dengan penuh gilang gemilang.

Satu daripada suasana yang mungkin dapat menterjemahkan sifat gilang gemilang itu ialah ketika ribuan pengunjung, tidak kira dari dalam atau luar negara sanggup berbaris dan menunggu di tepi jalan semata-mata untuk melihat Tuanku tiba di Istana Besar pada hari berkenaan.....