ARKIB › SENARAI BERITA




NILAI, 17 Feb (Bernama) -- Penyandang juara dunia keirin 2017, Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang mencipta kejayaan di laman sendiri apabila hanya mampu meraih gangsa dalam acara itu pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di Velodrom Nasional, di sini hari ini.


NILAI, 17 Feb (Bernama) -- Skuad paralimpik kebangsaan membuktikan mereka berada pada kelas tersendiri apabila merangkul dua pingat emas, empat perak dan tiga gangsa pada hari kedua Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di Velodrom Nasional, di sini hari ini.


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) menaruh harapan tinggi kepada skuad negara untuk menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, dari 4 hingga 15 April ini.


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Setelah tiga tahun mencuba akhirnya atlet pelapis negara, Nurul Alyani Jamil menebus kekecewaan dengan menjuarai Kejohanan Boling Padang Juara-Juara Kebangsaan 2018 di Kompleks Lawn Bowls Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.


SEREMBAN, 17 Feb (Bernama) -- Sukan permotoran mini bike atau 'moto pocket' merupakan satu platform terbaik di peringkat akar umbi bagi mengasah dan mencungkil bakat pelumba cilik sebagai pelumba pelapis negara di masa depan.


NILAI, 16 Feb (Bernama) -- Pelumba trek wanita negara, Jupha Somnet hanya mengambil masa sebulan untuk berlatih sebelum melakar kejayaan muncul penyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini hari ini.


NILAI, 16 Feb (Bernama) -- Trio pecut negara menewaskan pasukan Korea Selatan untuk meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan pecut remaja lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC 2018) di Velodrom Nasional di sini, malam ini.