ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat persiapan awal dalam usaha meraih lebih banyak kejayaan dalam Liga Malaysia musim depan, dengan mendapatkan khidmat dua pemain muda Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak mahu meletakkan sasaran tinggi pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang akan berlangsung pada April, berikutan bakal kehilangan khidmat dua pemain berpengalaman.


PETALING JAYA, 17 Nov (Bernama) -- Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo bersetuju dengan keputusan ketua jurulatih Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Bojan Hodak untuk tidak membenarkan pemainnya diserap terlalu awal ke dalam skuad senior kebangsaan.


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Misi memburu kejuaraan pertama selepas lapan bulan tidak kesampaian buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei apabila tersingkir di suku akhir Terbuka China hari ini.


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mengekalkan prestasi cemerlang pada kejohanan Terbuka Hong Kong apabila tumpas pada saingan suku akhir, hari ini.


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatkan kepada kontinjen negara bahawa ujian sebenar prestasi atlet Malaysia adalah pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan.


KUANTAN, 16 Nov (Bernama) -- Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 70-an Wan Zawawi Wan Yusof, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini awal pagi tadi akibat pendarahan di dalam perut.