ARKIB › SENARAI BERITA




SETIU, 15 Okt (Bernama)--Gandingan bersama kuda RTES Annaversary membuahkan kejayaan dan ia satu penghormatan kerana kuda ini antara yang terbaik dan pernah ditunggang Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, kata pemenang tempat pertama Kejohanan Sultan Mizan Cup 2017.


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pemain Amerika Syarikat, Pat Perez muncul juara Kejohanan Golf CIMB Classic 2017 apabila menamatkan saingan dengan tiga bawah par 69 di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara, di sini hari ini.


SHAH ALAM, 15 Okt (Bernama) -- Lima belas pasukan akan menyertai kejohanan sulung perlumbaan basikal Tour De Selangor mulai 17 hingga 21 Okt ini.


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberikan persembahan menakjubkan dengan meraih tempat ketiga dalam kategori Moto2 di Grand Prix Jepun di litar Twin Ring Motegi hari ini.


KUNDASANG, 15 Okt (Bernama) -- Peserta Malaysia Safrey Sumping sekali lagi muncul juara kategori Lelaki Elit Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu edisi ke-30 di sini, hari ini, kemenangan keduanya sejak acara larian paling mencabar di altitud tinggi itu disambung semula tahun lalu selepas ditangguhkan setahun.


MELAKA, 15 Okt (Bernama) -- Jurulatih badminton perseorangan wanita negara, Datuk Tey Seu Bock meletakkan fokus untuk meningkatkan daya ketahanan mental pemain perseorangan wanita negara dalam usaha memperbaiki corak permainan mereka.


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasukan Young Belat dan Fairy BLL 6130 muncul juara, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita pada pertandingan Bola Keranjang 3x3 SPANCO bersempena Hari Sukan Negara (HSN) 2017 di Kompleks Sukan Negara.