ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sepang International Circuit (SIC) memenangi Anugerah Grand Prix terbaik kerana kecemerlangannnya sebagai hos Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2017 (MotoGP 2017) pada 27 hingga 29 Okt tahun ini.


KANGAR, 7 Dis (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa bangga dengan penganjuran Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Tuanku Syed Putra (Perlis/Milo) kali ke-37 yang juga kejohanan paling lama dipertandingkan di negara ini.


IPOH, 6 Dis (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu termasuk ketua pasukan, Muhd Shahrom Kalam bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2018.


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan pemenang pingat perak Sukan SEA 2017, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, akan digandingkan semula pada beberapa kejohanan akan datang, dijadual awal tahun depan.


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berjuang bermati-matian pada Piala AFC 2018 kerana saingan musim depan mungkin aksi terakhir pasukan berkenaan dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Nelo Vingada hari ini secara rasmi melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan susulan prestasi buruk skuad Harimau Malaya yang gagal meraih sebarang kemenangan sepanjang tahun ini, sejak beliau mengambil alih tugas itu pada Mei lepas.


IPOH, 6 Dis (Bernama) -- Kapten pasukan PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikry Md Fauzi mengesahkan tidak akan menyarung jersi Perak pada saingan Liga Malaysia 2018 walaupun menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).