ARKIB › SENARAI BERITA




Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Kalau nak diikutkan memang kami belum mampu nak beli rumah, tapi memikirkan jika tak beli sekarang, bila lagi? Lagi pun harga rumah makin lama makin naik.

"Amat bersyukur bila dapat tahu tentang Skim Pembiayaan Rumah Pertamaku (MyDeposit). Alhamdulillah, macam mimpi jadi kenyataan bila dah ada rumah sendiri...Tak kisahlah kecil ke besar ke, yang penting hak sendiri untuk berteduh bersama suami dan anak-anak, " kata Norjauharatul Wahidah Zakaria, 32, mengukir senyuman.

Terpancar rasa puas di wajahnya ketika menceritakan kepada penulis bagaimana inisiatif kerajaan yang diperkenal sejak 2016 itu memberi makna besar kepada golongan muda dengan pendapatan sederhana seperti dirinya untuk memiliki kediaman sendiri.

Sekitar dua tahun lepas wanita yang mesra dipanggil Wahidah dan berasal dari Kuala Terengganu ini "mencuba nasib" memohon skim MyDeposit selepas terbaca maklumat mengenainya di Facebook dan aplikasi 'Whatsapp' yang dikongsi rakan-rakannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlaksanaan skim berkenaan pada 6 April 2016, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.


Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pada cuti persekolahan hujung tahun baru-baru ini, penulis berkesempatan ke negeri paling kecil di Malaysia, Perlis setelah hampir 20 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana.

Kedatangan ke negeri indera kayangan hampir dua dekad dahulu bukan lawatan biasa atau bercuti sebaliknya untuk menyertai satu misi ekskavasi arkeologi di tapak Kota Kayang yang kini telah dijadikan kompleks sejarah yang menempatkan Muzium Sejarah Kota Kayang.

Sebagai pelajar bidang arkeologi, pengalaman menyertai ekskavasi atau carigali di tapak sejarah adalah pengalaman yang begitu berharga.

Kami bukan sahaja membantu mendalami tugas sebagai kurator tetapi juga perlu memahami setiap aspek kajian di tapak ekskavasi sepanjang tempoh dua minggu berada di sana.

Pada percutian kali ini, penulis kembali ke tapak Kota Kayang yang letaknya kira-kira lima kilometer dari Kuala Perlis dengan membawa kembali memori indah ekskavasi yang dijalankan pada 1998.


Oleh Sakina Mohamed

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Empat tahun lalu, seseorang melempar bingkai pintu gelongsor kaca dari tingkat 15 pangsapuri yang saya diami di Kerinchi.

Bingkai pintu itu jatuh menghempap bumbung kereta yang diletakkan di bawah pangsapuri, menyebabkan cermin depan kereta bersepai dan bumbung kereta kemek.

Kereta itu diletakkan di sebelah pusat jagaan kanak-kanak, dan ketika itu pukul 8 pagi. Pada waktu itu kebiasaannya ibu bapa menghantar anak masing-masing termasuk bayi mereka ke pusat jagaan itu.

Nasib baiklah tiada siapa berada berhampiran kereta berkenaan pada masa kejadian, kerana seandainya berlaku kemalangan, mungkin mangsa tidak akan terselamat akibat dihempap objek seberat itu.

Namun, nasib tidak menyebelahi S. Sathiwaran, 15 tahun.


Oleh Ismail Amsyar Mohd Said

Ini adalah bahagian terakhir daripada tiga siri mengenai Baitulmaqdis dan konspirasi Yahudi untuk membolot tanah bumi Palestin.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu, apakah ia satu pengumuman yang mengejutkan ataupun memang dijangkakan?

Jika dilihat kembali janji atau manifesto Trump semasa kempen Pilihan Raya Presiden AS 2016, beliau berjanji untuk mengiktiraf tuntutan Israel ke atas Baitulmaqdis dan memindahkan kedutaan AS ke kota suci itu dari Tel Aviv.

Selain daripada janji yang dilaungkan sewaktu kempen berkenaan, persoalan timbul berhubung keputusan Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sedangkan Israel hanya menguasai kawasan Barat Baitulmaqdis pada tahun 1948.

Menjawab persoalan itu, Pengerusi 'Humanitarian Care Malaysia' (MyCARE) Dr Hafidzi Mohd Noor berkata 1967 adalah satu lagi detik hitam dalam lembaran sejarah perjuangan mempertahankan Palestin.

"Pada 5-10 Jun 1967, berlaku peperangan enam hari atau peperangan An-Naksah (Hari kekalahan) di mana semua negara Arab khususnya Mesir, Syria, Arab Saudi, Lubnan dan Maghribi dikalahkan oleh tentera Israel.


Oleh Ismail Amsyar Mohd Said

Ini adalah bahagian kedua daripada tiga siri mengenai Baitulmaqdis dan konspirasi Yahudi untuk membolot tanah bumi Palestin. Bahagian ini mendalami muslihat puak Yahudi untuk menghasilkan penubuhan Israel.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Mula bertapak secara rasmi di Basel, Switzerland pada 1897, gerakan Zionis Yahudi di bawah pimpinan Theodore Herzl terus menetapkan 'kiblat' ke arah kota suci Palestin, Baitulmaqdis, sebagai ibu kota Israel yang abadi.

Matlamat ini jelas dinyatakan dalam Program Basel, iaitu manifesto gerakan Zionis pertama yang diterima sebulat suara di Kongress Zionist terulung di Basel pada 30 Ogos 1897.

"Zionisme mahu mewujudkan tempat kediaman yang sah di segi undang-undang dan pada pandangan ramai di Palestin untuk orang Yahudi, " demikian bunyi manifesto itu.

Sejak ianya diterima pakai, gerakan Zionis mula berusaha untuk membeli Palestin daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah bagi menjadikan matlamat mereka satu kenyataan.

Bagaimanapun, usaha yang diketuai Herzl untuk bertemu dan berbincang mengenai hasrat itu dengan pemerintah Turki Uthmaniyyah tidak pernah berjaya sehinggalah Palestin jatuh ke tangan British pada Disember 1917.


KUALA LUMPUR (Bernama) -- Semasa saya kecil memangnya payah untuk menonton wayang gambar. Satu-satunya saluran hiburan untuk kami sekeluarga ialah radio dan kami sering mendengar program Rangkaian Merah untuk mendengar lagu-lagu Tamil.

Setiap kali mendengar lagu-lagu yang diputarkan, lagu yang begitu menambat hati saya ialah dari filem lakonan aktor M.G. Ramachandran atau lebih dikenali sebagai MGR.

Lagu-lagu dari kategori "thathuva padagal" (lagu yang mengandungi makna falsafah) begitu menghiburkan, mengandungi motivasi dan nilai sejagat. Lirik lagu itu menolak ketidakadilan, menekankan kasih sayang ibu. kepentingan pendidikan, menghapuskan kemiskinan, menghormati orang tua, melawan rasuah dan menyokong mereka yang dianiayai.

Seperkara lagi, menonton wayang di pawagam bagi saya bagaikan acara tahunan iaitu pada perayaan Deepavali. Kami sekeluarga begitu seronok menaiki bas ke panggung wayang untuk menonton filem MGR. Saya yang begitu meminati pelakon ini turut mencari bahan bacaan untuk mengetahui tentang latar belakang bintang filem ini.