ARKIB › SENARAI BERITA




Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bernafas di dalam air, bergerak bebas tanpa graviti sambil ditemani hidupan akuatik yang menakjubkan adalah keseronokan yang dicari bagi peminat aktiviti selam skuba.


Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bagi kebanyakan orang, kotak kosong hanyalah bahan buangan atau kitar semula tetapi berlainan dengan Azwan Abdul Karim.

Anak bongsu daripada dua beradik ini yang 'pantang' melihat kotak kosong mula mengumpul bahan yang dianggap sesetengah orang sebagai 'sampah' itu sejak usia sembilan tahun.

Azwan tidak perlu merayau jauh untuk mencari kotak kosong kerana boleh mendapatkan kotak pelbagai saiz dan jenama makanan mahupun minuman di kedai runcit milik neneknya yang terletak di Ladang Sungai Mai, Jerantut, Pahang.


Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Influenza atau demam selesema mungkin jangkitan saluran pernafasan yang biasa berlaku di Malaysia, namun jangan sesekali mengambil mudah penyakit ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat.

Perunding Kanan Klinikal Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Yasmin Abdul Malek berkata, demam selesema boleh menyebabkan komplikasi berkaitan sistem pernafasan, kardiovaskular dan sistem saraf.

Berdasarkan 'serosurveillance' iaitu komponen penting dalam mana-mana sistem pengawasan komprehensif untuk penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, yang menggunakan ujian molekul, demam selesema dikesan dalam 13 peratus sampel pernafasan yang diambil daripada pesakit yang mengalami penyakit seperti deman berkenaan.



Oleh Ahmad Muliady Abdul Majid dan Nur Faradilla Mohamad

MELAKA (Bernama) -- Bubur Asyura sinonim dengan tanggal 10 Muharram dan sudah menjadi kebiasaan sesetengah masyarakat Melayu di negara ini untuk memasak makanan ini secara bergotong-royong.


Oleh Shakir Husain

Pewarta Bernama di New Delhi, Shakir Husain berkongsi kisah dan perkembangan dari ibu negara India.

NEW DELHI (Bernama) -- Baru-baru ini India heboh dengan insiden berbaur perkauman apabila seorang belia Nigeria menjadi mangsa serangan sekumpulan perusuh di sebuah kawasan di ibu negara India.


Oleh Ali Imran Mohd Noordin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kalau hendak diikutkan memang ramai "wira tak didendang" di luar sana. Mereka menjalankan tugas tanpa mengenal erti penat dan lelah, berpanas serta berhujan dan ada kalanya bekerja pada masa cuti perayaan.


Oleh Thivyamalini Ramalu

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dodol adalah antara hidangan wajib ketika sambutan Deepavali bagi sebuah keluarga berketurunan India di Kampung Tun Sambanthan, Ayer Tawar, Perak.