ARKIB › SENARAI BERITA




PELABUHAN KLANG, 14 Jan (Bernama) -- Kira-kira 100 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Klang termasuk daripada sayap Pemudanya bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti dan Pakatan Harapan.


KUANTAN, 14 Jan (Bernama) -- Pemuda UMNO Pahang hari ini menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.


ALOR SETAR, 14 Jan (Bernama) -- Pakatan pembangkang yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad semakin menunjukkan 'belang' apabila sikap mementingkan agenda peribadi mereka semakin hari semakin terserlah menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Gerakan hari ini mengemukakan senarai bakal calonnya bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN). Senarai itu mengandungi lebih 60 peratus muka baharu.


KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kem pembangkang semakin terdesak mendapatkan sokongan masyarakat India menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan ini terbukti apabila mereka bekerjasama dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan Parti Generasi Baru.


KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Parti Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) .


KANGAR, 14 Jan (Bernama) -- Mana-mana wakil rakyat yang tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dinasihatkan supaya tidak berkecil hati sebaliknya terus membantu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.