ARKIB › SENARAI BERITA




BAGAN DATUK, 13 Jan (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang yang tidak konsisten pendiriannya selepas menyatakan keengganannya menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Pengundi Bidayuh di negeri ini berjanji akan memberikan kemenangan bersih kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Michael Manyin Jawong.


IPOH, 13 Jan (Bernama) -- Veteran UMNO di seluruh negara mempunyai peranan penting dalam meneruskan kelangsungan parti sekali gus membantu mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


KOTA BHARU, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini memuji sikap positif kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang secara terbuka mengakui peranan kerajaan Persekutuan dalam membangunkan prasarana serta ekonomi di negeri itu.


SANDAKAN, 13 Jan (Bernama) -- Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura Chan Tzun Hei bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


KUNDASANG, 13 Jan (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu anggota parti bertindak bijak serta tidak goyah dalam memastikan perjuangan dan matlamat parti tercapai.


Oleh Ibrahim Mahsen

SARIKEI, 13 Jan (Bernama) -- Meluangkan masa hingga ke larut malam untuk mendekati dan mendalami permasalahan serta kebajikan rakyat, merupakan antara rutin harian dilalui Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak bagi kawasan parlimen Sarikei, Teng Ung Woo.