ARKIB › SENARAI BERITA




Oleh S. Joan Santani

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan India menaikkan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) Malaysia kepada 30 peratus daripada 15 peratus sebelum ini, untuk mengawal penghantaran yang lebih murah dan menyokong kilang penapisan tempatannya.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan pada 16 Nov, membuat serahan pertamanya pada Jumaat kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.


Daripada Zainal Abdul Jalil

TOKYO, 18 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa ahli perniagaan Jepun melabur di Perlis yang menawarkan pelbagai insentif menarik serta kestabilan politik bagi menjamin pelaburan mereka.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Felcra Bhd telah memperluaskan pasaran produk sardin dan tuna berjenama YUYA keluarannya di pasaran tempatan bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mengutamakan barangan berkualiti dan halal.


KUALA LUMPUR, 17 (Bernama) -- Institut Bank-bank Bertauliah Asia (AICB) dan ACI-Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (ACI-FMAM) melancarkan Sijil Pasaran Kewangan Malaysia baharu yang telah dipertingkatkan, keperluan profesional untuk peniaga dan broker di institusi kewangan berlesen dan firma pembrokeran wang.


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Priceworth International Bhd hari ini berkata nilai pasaran Unit Pengurusan Hutan No 5 (FMU5) meningkat kepada RM448.9 juta bagi tempoh 10 tahun dari 2017 hingga 2027.


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) telah menafikan dakwaan oleh portal media tempatan yang semua bank utama di negara mempunyai peluang untuk menindas peminjam melalui dua kontrak, iaitu surat ikatan tugasan dan perjanjian wakil kuasa.