ARKIB › SENARAI BERITA




PUTATAN, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pakej Kerja Keenam Projek Lebuhraya Pan Borneo sejauh 19.6km menghubungkan Putatan dengan Inanam yang menelan kos RM900 juta.


Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Dengan ancaman jenayah kewangan serius yang timbul ekoran kemunculan teknologi baharu, termasuk mata wang kripto, mampukah bitcoin bertahan dengan pengawasan ketat daripada bank-bank pusat di seluruh dunia?


LABUAN, Nov 18 (Bernama) -- Labuan berusaha untuk melengkapkan pulau itu dengan kemudahan moden dan menawarkan perkhidmatan antarabangsa di restoran-restoran utamanya sejajar dengan aktiviti promosi pelancongan yang sedang berlangsung sekarang.


Oleh S. Joan Santani

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan India menaikkan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) Malaysia kepada 30 peratus daripada 15 peratus sebelum ini, untuk mengawal penghantaran yang lebih murah dan menyokong kilang penapisan tempatannya.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan pada 16 Nov, membuat serahan pertamanya pada Jumaat kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.


Daripada Zainal Abdul Jalil

TOKYO, 18 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa ahli perniagaan Jepun melabur di Perlis yang menawarkan pelbagai insentif menarik serta kestabilan politik bagi menjamin pelaburan mereka.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Felcra Bhd telah memperluaskan pasaran produk sardin dan tuna berjenama YUYA keluarannya di pasaran tempatan bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mengutamakan barangan berkualiti dan halal.