ARKIB › SENARAI BERITA




KULAI, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengambilan 100 peratus pekerja asing oleh syarikat yang menjalankan aktiviti eksport bagi segmen pengeluaran supaya mereka dapat memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi global, ketika pasaran domestik disokong dasar kewangan yang mencukupi serta bank pusat yang mantap mengemudi pelbagai perubahan yang dihadapi pasaran, kata Naib Presiden dan Pengarah Pelaburan Wellington Management Singapore Pte Ltd, Andrew Sharp-Paul.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- KNM Group Bhd meluluskan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM1.9 bilion di United Kingdom kepada China Western Power Industrial Co Ltd.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Selangor Dredging Bhd (SDB) di Singapura, SDB Asia Pte Ltd, meraih kemenangan sulung pada majlis Anugerah Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Hartanah Singapura 2017 dalam kategori kediaman (sederhana tinggi) projek pembangunan 'Hijauan on Cavanagh'.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi hari ini, dipengaruhi oleh penurunan dalam saham wajaran tinggi terpilih, di samping mengikuti prestasi bercampur-campur di bursa Asia lain, kata peniaga-peniaga.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Unit milik penuh Vizione Holdings Bhd, Wira Syukur (M) Sdn Bhd (Wira Syukur), memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM465 juta daripada Hektar Aneka Sdn Bhd.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- KFC Malaysia memperkenalkan 'KFC Spicy Sawadee Crunch', satu lagi rasa baru yang enak untuk menarik minat peminat, dalam masa terhad yang menawarkan gabungan harmoni rasa Thai yang unik dari hanya RM13.50.