ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM2.25 bagi Sunway Bhd selepas ia mengumumkan rancangan untuk membeli 20 peratus pegangan dalam Sunway South Quay Sdn Bhd (SSQ) daripada Kuwait Finance House (M) Sdn Bhd dengan harga RM210 juta.


KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ireka Corporation Bhd telah menerima surat anugerah daripada Pantai Medical Centre Sdn Bhd bernilai RM60.74 juta bagi menyiapkan kerja-kerja baik pulih kemudahannya di Jalan Bukit Pantai di sini.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, dinobatkan 'CEO Terbaik Bagi Perhubungan Pelabur' di Anugerah Hubungan Pelabur MIRA kali ketujuh.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ditutup 2.33 peratus atau empat sen lebih tinggi kepada RM1.76 di Bursa Malaysia hari ini didorong laporan berita bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Datuk Zakaria Arshad akan menyambung kembali tugasnya pada 16 Okt.


KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pengurusan bangunan, AWC Bhd hari ini berkata anak syarikat milik penuhnya, Ambang Wira Sdn Bhd (AWSB), secara bersama telah bersetuju untuk membatalkan kontrak penyelenggaraan dengan kerajaan membabitkan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bernilai RM130 juta.


PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Eksport Negara (NEC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini memperakui kepentingan industri perabot kepada ekonomi Malaysia.