ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Standard Bon Hijau ASEAN (AGBS), yang dilancarkan hari ini, akan menyediakan latar belakang yang boleh dipercayai bagi terbitan hutang dan menarik lebih ramai pelabur bon hijau ke rantau ini, kata Pengerusi Forum Pasaran Modal ASEAN, Tan Sri Ranjit Ajit Singh.


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC) akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, dengan menawarkan 60 peratus jaminan ke atas pembiayaan yang diperoleh daripada mana-mana bank komersial, bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), menerusi skim BizBina-i.


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Penyedia platform penyelesaian komuniti berasaskan aplikasi mudah alih, Red Ideas Holdings Bhd (Red Ideas), mula disenaraikan di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) pada 42 sen, premium sebanyak tujuh sen daripada harga terbitan 35 sen sesaham.


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung milik penuh Gas Malaysia Bhd, Gas Malaysia Venture 1 Sdn Bhd (GMV1), telah memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Sime Darby Offshore Engineering Sdn Bhd (SDOE) bagi menyediakan Sistem Kombinasi Tenaga dan Haba Bersepadu (CHP) kepada pihak industri di Malaysia.


KUALA LUMPUR, Nov 7 (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang pada Ahad.


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd dan Public Islamic Bank Bhd telah menggerakkan Program Bantuan bagi pelanggan dan kakitangannya yang terlibat dengan kejadian banjir di beberapa negeri di Malaysia.


KUCHING, 7 Nov (Bernama) -- Tema Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 iaitu 'Perubahan Disruptif: Kesan dan Cabaran', bersesuaian dan merupakan gambaran jelas mengenai keadaan ekonomi dunia kini, kata Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam.