ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jualan Proton meningkat 13 peratus kepada 5,083 unit pada Oktober 2017 daripada 4,498 unit pada bulan sebelumnya.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank), Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman menerima Anugerah Kepimpinan Perbankan Runcit Islam 2017 (IRBA) pada majlis Anugerah Perbankan Runcit Islam Ke-3 di Dubai, malam tadi.


PUTATAN, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pakej Kerja Keenam Projek Lebuhraya Pan Borneo sejauh 19.6km menghubungkan Putatan dengan Inanam yang menelan kos RM900 juta.


Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Dengan ancaman jenayah kewangan serius yang timbul ekoran kemunculan teknologi baharu, termasuk mata wang kripto, mampukah bitcoin bertahan dengan pengawasan ketat daripada bank-bank pusat di seluruh dunia?


LABUAN, Nov 18 (Bernama) -- Labuan berusaha untuk melengkapkan pulau itu dengan kemudahan moden dan menawarkan perkhidmatan antarabangsa di restoran-restoran utamanya sejajar dengan aktiviti promosi pelancongan yang sedang berlangsung sekarang.


Oleh S. Joan Santani

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan India menaikkan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) Malaysia kepada 30 peratus daripada 15 peratus sebelum ini, untuk mengawal penghantaran yang lebih murah dan menyokong kilang penapisan tempatannya.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan pada 16 Nov, membuat serahan pertamanya pada Jumaat kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.