ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Sun Life Malaysia Assurance Bhd (Sun Life) menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan insurans dalam kalangan masyarakat pinggir bandar dan kawasan pedalaman.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Alliance DBS Research mengunjurkan prospek harga minyak mentah penanda aras Brent yang kukuh pada 2018 kekal melepasi paras US$60 (US$1 = RM3.94) setong.


LABUAN, 17 Jan (Bernama) -- Pelan Transformasi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) dirancang bagi menjadikan pulau itu sebuah hab ekonomi wilayah bersepadu selain menyediakan perkhidmatan lebih baik untuk tujuan perniagaan, pelaburan dan pihak perantara rantau ini, termasuk bagi pasaran Malaysia Timur serta Asia.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan yang berpangkalan di Malaysia, BGMC International Ltd, dalam proses rundingan perjanjian pembelian tenaga dengan sebuah syarikat utiliti elektrik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor tenaga domestik.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- TA Investment Management Bhd melancarkan dana baharu, TA Dana Global 50, dana pendapatan yang akan melabur sekurang-kurangnya 95 peratus nilai aset bersih dalam instrumen pendapatan tetap patuh Syariah, dan bakinya dalam aset cair patuh Syariah.


KUALA LUMPUR 17 Jan (Bernama) -- Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd hari ini melancarkan telefon pintar kamera dwi-hadapan - 2018 Galaxy A8 dan Galaxy A8+.


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Peruncit barang kemas, Poh Kong Holdings Bhd, yakin prestasi kewangannya tahun ini lebih baik daripada sebelumnya berikutan harga emas yang lebih baik.