ARKIB › SENARAI BERITA




PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dan Romania hari ini memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai aktiviti kerjasama undang-undang di Jabatan Peguam Negara di sini.


KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pemaju Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) memohon maaf berhubung kejadian banjir lumpur di kawasan Hulu Langat, terutama di Kampung Felcra Sungai Semungkis berhampiran tapak pembinaan lebuh raya itu sebanyak dua kali tahun ini.


PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) -- Majikan boleh berjimat lebih 90 peratus dalam pengambilan pembantu rumah asing secara dalam talian mulai 1 Jan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


GEORGE TOWN, 15 Dis (Bernama) -- Seorang wanita warga Ukraine berusia 23 tahun dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan mengedar 1.54kg dadah jenis kokain, dua tahun lepas.


PETALING JAYA, 15 Dis (Bernama) -- Seorang pelajar kolej swasta didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengugut bunuh bekas kekasihnya, enam bulan lepas.


PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) -- Satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra di sini Jumaat depan bagi menunjukkan semangat solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.


KUCHING, 15 Dis (Bernama) -- Seorang pakar patologi dari Mesir yang berkhidmat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, yang dilaporkan hilang sejak 12 Dis lepas, dipercayai selamat dan masih berada di negara ini.