ARKIB › SENARAI BERITA




SEREMBAN, 23 Nov (Bernama) -- Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) memenangi Anugerah Zakat Kebangsaan 2017 bagi kategori Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) bersempena sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2017 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.


PADANG BESAR, 23 Nov (Bernama) -- Pembinaan Hospital Daerah Padang Besar akan memanfaatkan penduduk di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah itu, yang sebelum ini terpaksa berulang lebih 40 kilometer sehala, jika mahu mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar.


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kira-kira 20 pasangan yang sudah menempah dan mengesahkan pakej perkahwinan antara November tahun ini hingga Disember 2018 di Sunway Putra Hotel berpeluang mendapatkan bayaran balik penuh perbelanjaan majlis perkahwinan mereka pada 2018.


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Seramai 3,591 guru telah memilih persaraan awal pada tahun lepas berbanding 2,777 orang pada tahun sebelumnya, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.


PARIT BUNTAR, 23 Nov (Bernama) -- Penantian selama 18 tahun untuk melihat Masjid Jamek Matang Gerdu, di sini berwajah baharu bakal menjadi kenyataan apabila masjid berkenaan akan dibina semula dengan kos sebanyak RM3.5 juta.


PUTRAJAYA, 23 Nov (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menaja yuran bagi 40 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di Putrajaya bagi meneruskan pengajian di Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan.


KANGAR, 23 Nov (Bernama) -- Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis (PPANPs) akan menganjurkan program 'Syoknya Ke Perpustakaan' bersempena cuti panjang persekolahan, dari 6 hingga 31 Dis ini.