ARKIB › SENARAI BERITA




BUKIT MERTAJAM, 24 Jan (Bernama) -- Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi SMS semalam daripada orang yang tidak dikenali.


Oleh Shanika Abdul Latib

KULIM, 24 Jan (Bernama) -- Kerja-kerja membaik pulih lubang akibat tanah jerlus seluas lebih 9 meter di Taman Selasih di sini yang berlaku November tahun lalu kini telah siap sepenuhnya, kata Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim, Ir Mohamad Tarmymy Che Ani.


KUANTAN, 24 Jan (Bernama) -- Kes 'Macau Scam' di Pahang mengakibatkan kerugian kira-kira RM2.7 juta tahun lepas, meningkat lebih 650 peratus berbanding 2016 yang merekodkan kerugian sekitar RM360,000.


KOTA KINABALU, 24 Jan (Bernama) -- Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah sudah melafaz dan menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Zulkefle Abdul Hamid.


KOTA KINABALU, 24 Jan (Bernama) -- Semua ketua-ketua bahagian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah di peringkat negeri dan 11 ketua wilayah agensi itu di seluruh Sabah hari ini melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).


SEMPORNA, 24 Jan (Bernama) -- Kira-kira 20,000 pelajar di Sabah menerima manfaat daripada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 yang dikendalikan oleh Biro Kebajikan UMNO (Bikum) pusat dengan peruntukan RM2 juta.


KOTA KINABALU, 24 Jan (Bernama) -- Kerjasama antara Pejabat Pembangunan Negeri Sabah dengan agensi pelaksana projek pembangunan di negeri itu perlu dipererat lagi bagi memastikan peruntukan kerajaan yang diberi memanfaatkan seluruh rakyatnya.