ARKIB › SENARAI BERITA




SEREMBAN, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Jabatan Muzium Malaysia, Persatuan Muzium Malaysia dan Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menganjurkan seminar Batu Megalith di sini, pada 21 Nov ini.


ALOR SETAR, 6 Nov (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kedah hingga 4 petang ini menurun kepada 2,616 orang berbanding 2,790 yang direkodkan tengah hari tadi.


KOTA KINABALU, 6 Nov (Bernama) -- Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung satu lagi dakwaan kes rasuah.


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Polis menahan tujuh anggota geng Ah Leong yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dalam serbuan berasingan di sekitar Cheras di sini, Jumaat lepas.


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini mengurniakan watikah pelantikan kepada sembilan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara.


DUNGUN, 6 Nov (Bernama) -- Jabatan Perikanan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Sri Lanka untuk melaksanakan satu program khas pemuliharaan penyu belimbing di Terengganu.


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.