ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang perlu memperjelaskan pendiriannya berhubung penghinaan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kumpulan etnik Bugis sehingga menimbulkan kekecohan baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.


KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud malam ini mengumumkan jambatan baharu merentangi Sungai Sarawak di sini dinamakan sebagai Jambatan Darul Hana.


SUNGAI SIPUT, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.


SUNGAI SIPUT, 11 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan memajukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini bukan hanya retorik, sebaliknya ia diterjemah dan dilaksanakan dengan pelbagai bentuk program, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


PADANG TERAP, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan guru punca kegagalan pelajar menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim sekali lagi menjadikan Malaysia bangga apabila beliau dilantik semula sebagai Presiden Majlis Antara Kerajaan bagi Pengurusan Program Transformasi Sosial (IGC MOST) UNESCO untuk penggal kedua dari 2017 hingga 2019.


KUALA NERUS, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada pembekal bas amfibia (amphicoach) untuk membuat penghantaran bas berkenaan atau berhadapan tindakan saman.