ARKIB › SENARAI BERITA




JEMPOL, 7 Nov (Bernama) -- Bermula hari ini, Hospital Jempol menawarkan perkhidmatan pembedahan katarak, setelah dewan bedah di hospital itu sudah dinaik taraf.


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Yayasan Hasanah (Hasanah) telah menyalurkan bantuan awal kepada 400 keluarga mangsa banjir di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.


GEORGE TOWN, 7 Nov (Bernama) -- Putera Charles, Prince of Wales meluangkan masa selama 30 minit bersama alumni Akademi Tentera Diraja Sandhurst atau lebih dikenali sebagai Sandhurst dalam satu majlis resepsi di sini malam ini.


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan persekutuan dan negeri supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengkaji, menangani dan melaksanakan langkah bersesuaian dan pencegahan bagi meningkatkan program mitigasi banjir dan bencana di negara ini.


PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kejayaan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2017 akan menjadi pembakar semangat kepada syarikat itu untuk meneruskan kecemerlangan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) jajaran dua dan tiga.


KOTA KINABALU, 7 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan kerjanya menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa beliau menjadi menterinya.


KUALA NERANG, 7 Nov (Bernama) -- 'Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.' Itulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71, yang dikatakan menderita penyakit misteri iaitu 'buah zakarnya membesar sebesar buah kelapa'.