ARKIB › SENARAI BERITA




NILAI, 5 Okt (Bernama) -- Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berharap kerajaan akan menambah peruntukan bagi aktiviti berkaitan pencegahan dan perubatan dalam pembentangan Bajet 2018 di Parlimen pada 27 Okt ini.


KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Nuan Nuan, anak panda gergasi betina yang dilahirkan di Malaysia, akan pulang ke China pada 14 Nov, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


SEREMBAN, 5 Okt (Bernama) -- Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyokong penuh cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar kerajaan mempertimbangkan insentif dua kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.


JOHOR BAHRU, 5 Okt (Bernama) -- Polis Johor sedang mengesan 40 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh, bunuh tanpa niat dan cubaan membunuh.


KOTA BHARU, 5 Okt (Bernama) -- Ratusan usahawan di Kelantan mendapat manfaat daripada pelbagai projek yang dilaksanakan melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


SHAH ALAM, 5 Okt (Bernama) -- Kesan degradasi produk VX ditemui pada pakaian dua tertuduh yang didakwa membunuh Kim Jong Nam atau Kim Choi, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, Februari lepas, demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.


PEKAN, 5 Okt (Bernama) --Kerajaan negeri Pahang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada seorang pelakon yang disiasat berhubung kes penipuan penjualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.