ARKIB › SENARAI BERITA




KANGAR, 23 Okt (Bernama) -- Graduan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) harus berani menceburi bidang keusahawanan setelah dilatih dengan ilmu berkenaan yang merupakan satu daripada '7 Tiang Teras' KUIPs, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sebanyak 29 atlet negara yang diserap menyertai Program Podium ketika ini telah berada pada kedudukan enam teratas dunia, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


KOTA KINABALU, 23 Okt (Bernama) -- Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 2,073 orang hingga 1.30 tengah hari ini.


JOHOR BAHRU, 23 Okt (Bernama) -- Maahad Johor menyasarkan sifar gagal untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula hari ini.


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Cadangan sesetengah pihak supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar tidak efisien kerana ia akan hanya mengehadkan peluang untuk negara ini terus menghantar bantuan kepada etnik Rohingya.


MUAR, 23 Okt (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat Kampung Parit Bugis, Sungai Balang di sini, hari ini.


SINGAPURA, 23 Okt (Bernama) -- Dua lagi mayat ditemukan dikenal pasti sebagai kru kapal tangki berdaftar di Dominica, JBB DE RONG 19 yang dilaporkan hilang selepas kapal tangki itu berlanggar dengan kapal tangki berdaftar di Indonesia, Kartika Segara di perairan Singapura pada 13 Sept.