ARKIB › SENARAI BERITA




JAKARTA, 30 Nov (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia membuka kaunter khas di lapangan terbang di Bali dan Surabaya bagi membantu proses pemindahan keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Pulau Bali.


SIK, 30 Nov (Bernama) -- Gara-gara ingin melarikan diri daripada ditahan dalam operasi jihad dadah, seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah sanggup bertindak menyembur serbuk lada ke arah anggota polis sebelum cuba meloloskan diri.


GERIK, 30 Nov (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hari ini menyumbang sebanyak 300 beg sekolah dan alat tulis kepada pelajar sekolah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kampung Orang Asli Air Banun di sini.


KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Parti Makkal Sakti Malaysia akan memfokuskan kepada strategi dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada perhimpunan agung tahunan ke-9 parti itu, Ahad ini.


BESUT, 30 Nov (Bernama) -- Serik dengan pengalaman lepas hingga terpaksa mengharung air banjir paras dada di tengah malam, seorang wanita tekad berpindah lebih awal tahun ini.


IPOH, 30 Nov (Bernama) -- Polis Perak membuat rampasan terbesarnya tahun ini apabila merampas dadah jenis syabu seberat 17.2 kilogram bernilai RM1.2 juta di Sungai Siput, Selasa lalu.


KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengawasi semua empangan hidroelektrik miliknya di seluruh negara berikutan musim tengkujuh sekarang bagi memastikan proses pelepasan air dibuat secara terkawal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).