ARKIB › SENARAI BERITA




KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kampung Gawang Empili, Simunjan hari ini diisytiharkan sebagai kawasan terbaharu wabak rabies di Sarawak, menjadikan kawasan wabak penyakit anjing gila itu kini berjumlah 30.


Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK, 12 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-O-Cha tidak memberi perhatian kepada foto terkini yang menunjukkan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berada bersama abangnya, Thaksin di Beijing, China.


PUTRAJAYA, 12 Feb (Bernama) -- Sebanyak 500 program disenaraikan dalam kalendar acara Jabatan Pembangunan Wanita bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018, kata Ketua Pengarahnya Datuk Yatimah Sarjiman.


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan portal berita video, KiniTV dan dua pengarahnya untuk merujuk isu perlembagaan berhubung dua pertuduhan penghantaran komunikasi jelik yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, ke Mahkamah Tinggi.


SHAH ALAM, 12 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 232 pasang kasut berjenama disyaki tiruan dan 144 unit aksesori peralatan sukan bernilai RM25,384 dalam serbuan di empat premis sekitar negeri ini, minggu lepas.


PUTRAJAYA, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membantu menyelesaikan kes jurutera sivil warga Malaysia, Richard Lau, yang ditahan di Dubai sejak 27 April 2017 kerana disyaki mencuri wang gaji.


KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa fasiliti di Pusat Pergigian Imperial yang didakwa berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi ketika menerima rawatan di premis itu pada 2016,tidak menepati piawaian mengikut Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.