ARKIB › SENARAI BERITA




PETALING JAYA, 8 Feb (Bernama) -- Seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan tunangnya melalui aplikasi Whatsapp, dua minggu lepas.


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Seorang peniaga didenda RM20,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah bagi empat pertuduhan memuat naik empat kandungan komunikasi berunsur jelik berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di laman Facebooknya, dua tahun lepas.


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Dua rakan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar pelbagai jenis dadah seberat 123.052 kilogram, tiga tahun lepas.


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Belia hari ini meminta kerajaan supaya segera menggubal Akta Gangguan Seksual bagi menangani dan membela mangsa jenayah itu.


SIBU, 8 Feb (Bernama) -- Meskipun menghadapi sedikit kekurangan, pengurusan bencana banjir di negeri Sarawak telah dilaksanakan dengan baik sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.


PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Tiga persatuan hotel hari ini menandatangani aku janji bersama-sama Kementerian Sumber Manusia untuk tidak menetapkan sebarang polisi yang melarang pekerja wanita hotel memakai tudung.


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Felda telah diarah mengambil tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).