ARKIB › SENARAI BERITA




PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Empat pelajar Politeknik Kuching, Sarawak tidak dapat menahan sebak pada Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital (eDOLA) 2017 apabila diumumkan sebagai pemenang, hanya enam hari selepas kematian penyelia mereka.


JOHOR BAHRU, 20 Okt (Bernama) -- Pembinaan Hospital Pasir Gudang dijangka dilaksanakan pada tahun 2018 seperti yang telah dinyatakan dalam pembentangan belanjawan negara pada tahun 2015.


JAKARTA, 20 Okt (Bernama) -- Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) di sini hari ini mendesak bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminta maaf secara terbuka ekoran kenyataan yang menghina keturunan Bugis dalam satu perhimpunan pembangkang di Selangor baru-baru ini.


KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Jumlah peruntukan kepada institusi pengajian tahfiz adalah berbeza berdasarkan data bilangan murid yang diberikan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.



KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Penambahan aset Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara perkara diusulkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentang Jumaat depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


BINTANGOR, 20 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kai Chung hilang dan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tulai, di sini kira-kira 11.30 pagi hari ini.


Oleh Roslan Ariffin

ISTANBUL, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia hari ini menggesa sokongan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) bagi menghulurkan bantuan segera di Cox's Bazar, Bangladesh, yang kini menempatkan lebih 500,000 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada negara mereka untuk mendapatkan perlindungan.