ARKIB › SENARAI BERITA




KUANTAN, 23 Jan (Bernama) -- Seorang bekas penjaga stor warga Sri Lanka dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 selepas mengaku salah memberi suapan kepada anggota polis, bulan lalu.


KOTA KINABALU, 23 Jan (Bernama) -- Empat individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek infrastruktur pengangkutan di Sabah.


IPOH, 23 Jan (Bernama) -- Polis merampas 440 bungkusan plastik berisi air ketum serta 30 kilogram (kg) daun ketum di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya, di sini, lewat malam tadi.


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia berdiri teguh bersama Arab Saudi dalam semangat perpaduan dan bertekad dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan negara beraja itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan kampus pintar atau kampus digital di seluruh universiti awam menjelang hujung tahun ini akan membuka lembaran baharu dan mewujudkan konsep Ekonomi Pintar, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.


KUALA LUMPUR, 22 Jan ( Bernama) -- Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara dari Rabu hingga Jumaat ini berikutan kerja-kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.


KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- GHL Systems Bhd akan mula menawarkan perkhidmatan terima pembayaran Alipay kepada peniaga dalam kedai dan peniaga dalam talian di Filipina, sekali gus menjadi negara ASEAN ketiga selepas Malaysia dan Thailand yang mempunyai jalinan dengan Alipay untuk menawarkan pilihan pembayaran generasi seterusnya kepada peniaga.