ARKIB › SENARAI BERITA




IPOH, 12 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengagihkan wang zakat berjumlah RM58,200 kepada 144 asnaf fakir dan miskin serta tiga madrasah dan dua buah surau di sekitar Gopeng.


JOHOR BAHRU, 12 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan Mersing kekal 127 orang daripada 32 keluarga setakat 4 petang tadi.


SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) -- Polis menahan pemilik dan pengurus sebuah kedai haiwan berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga buah negeri melibatkan kerugian sebanyak RM1.56 juta sejurus selepas serbuan ke atas premis itu di sini, hari ini.


KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kegagalan Majlis Peguam Malaysia menghadiri Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 yang berlangsung hari ini disifatkan sebagai tidak profesional dan hanya memberi imej buruk kepada organisasi itu yang dianggotai 17,000 pengamal undang-undang di Semenanjung Malaysia.


PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) --Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupan manusia 'Abang Bangla' selepas menahan seorang warga Bangladesh dalam serbuan awal pagi di sebuah rumah di Seksyen 28, Shah Alam hari ini.


GEORGE TOWN, 12 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini meminta kerajaan negeri pimpinan DAP menjelaskan sama ada bayaran RM208 juta bagi tiga projek jalan berkembar yang merupakan sebahagian daripada projek terowong dasar laut adalah bayaran untuk kajian kebolehlaksanaan atau laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)


KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang mempertimbangkan untuk membuka semula bironya di Hanoi bagi membolehkan lebih banyak liputan berita dibuat terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Vietnam, kata Pengerusinya, Datuk Seri Azman Ujang.