ARKIB › SENARAI BERITA




MELAKA, 11 Jan (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini merasmikan Pameran Seni Kontemporari Cuba di Galeri Seni Melaka yang menampilkan 42 karya seni oleh 21 artis yang telah dapat menghayati jiwa rakyat negara itu.


ALOR SETAR, 11 Jan (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan geran tahunan sebanyak RM10,000 untuk setiap Kelab Usahawan Sahabat di seluruh negara bagi membolehkan mereka mengumpul dana menerusi perniagaan yang dijalankan bagi membantu ahli-ahli yang dalam kesempitan hidup.


PATTANI, 11 Jan (Bernama) -- Pihak Tentera Thailand menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian serangan bom di Kampung Saimo, di sini semalam yang mencederakan sembilan anggota Renjer, tiga daripadanya parah.


KLUANG, 11 Jan (Bernama) -- Kementerian Pertahanan (Mindef) komited untuk memastikan agenda pendidikan anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga awam kementerian itu diperkukuh dari semasa ke semasa.


KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Alasan Untuk Bahagia', Asfan Shah berhasrat melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan pada pertengahan tahun ini dan kini dalam proses meningkatkan kemampuannya berlakon.


PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan membelanjakan RM246.5 juta untuk melestarikan Cameron Highlands melalui Op Gading sejak tahun 2014 sehingga tahun lepas.


Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 11 Jan (Bernama) -- The Straits Times telah membuat pembetulan terhadap satu laporan melalui versi dalam talian dan bercetaknya yang secara silap mengaitkannya dengan Datuk Seri Azman Ujang, pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama.