ARKIB › SENARAI BERITA




PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei hari ini mengemukakan permohonan untuk semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan bagi membatalkan satu peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948.


PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung mandatori terhadap seorang bekas pengawal keselamatan yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pengarah Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, tujuh tahun lepas.


GEORGE TOWN, 11 Jan (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 26 Feb depan untuk pengurusan kes empat remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen, Jun tahun lepas.


KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) -- Sebanyak RM5 juta disalurkan untuk Program Pembangunan Pendidikan Anjung Ilmu (PPPAI) bagi melaksanakan kelas tambahan percuma kepada calon peperiksaan awam di Terengganu pada tahun ini.


SANDAKAN, 11 Jan (Bernama) -- Jalan raya sepanjang tujuh kilometer yang menjadi laluan utama penduduk di Rancangan Luboh dekat sini yang mengalami kerosakan akan dinaik taraf, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.


BAGAN SERAI, 11 Jan (Bernama) -- Semua penternak ladang ayam di negeri ini diwajibkan mengguna sistem reban tertutup bermula 2019 bagi menangani masalah pencemaran terutama lalat dan bau yang dihadapi penduduk.


KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Padah menyimpan sebuah motosikal curi dan mencuri sebuah bateri kereta, seorang penarik kereta dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.