ARKIB › SENARAI BERITA




PEKAN, 11 Jan (Bernama) -- Kesukaran yang dihadapi 40 penternak lembu dan kambing di Parlimen Pekan pada musim banjir ini mendapat perhatian pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan apabila tampil memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.


Oleh Mohd Haikal Mohd Isa





BANGKOK, 11 Jan (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) membuat kesimpulan bahawa "Spatial Disorientation" adalah punca satu daripada pesawat pejuangnya jenis Gripen 39C terhempas semasa pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kanak-kanak di Hatyai pada 14 Jan tahun lepas.


PELABUHAN KLANG, 11 Jan (Bernama) -- Sambutan luar jangka terhadap edisi ketiga acara berbasikal 'Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018' anjuran Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) pada Ahad ini, dilihat mampu memperkukuh jenama tersebut untuk tersenarai dalam kalendar sukan negara.


JOHOR BAHRU, 11 Jan (Bernama) -- Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 85 orang setakat 4 petang ini berbanding 71 orang tengah hari tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Segamat.


KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Projek pembangunan kompleks Agrobazaar Malaysia di Putrajaya bagi menyediakan ruang pasaran dan pusat jualan agro makanan dengan harga yang lebih rendah akan dimulakan pada Februari ini.


PELABUHAN KLANG, 11 Jan (Bernama) -- Lebih 30 ejen penghantaran (forwarding agent) bakal digantung lesen atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Datuk Seri Subromaniam Tholasy.


PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti sekolah-sekolah berisiko tinggi yang memerlukan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau perbuatan jenayah dan mengawal keselamatan sekolah, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.