ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa berikutan penahanan lapan suspek termasuk seorang anggota polis berpangkat rendah hasil daripada enam serbuan di ibu negara dan sekitar Johor.


KANGAR, 12 Jan (Bernama) -- Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih sebagai jurulatih utama bagi memberikan latihan dalam bidang sains komputer kepada 100 guru sekolah di seluruh Perlis.


KOTA KINABALU, 12 Jan (Bernama) -- Sebanyak 51 vesel nelayan laut dalam telah dilesenkan Jabatan Perikanan Sabah dan masih aktif serta diusahakan oleh 11 syarikat tempatan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade.


KUANTAN, 12 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin terus meningkat kepada 738 orang hingga 5 petang ini dengan ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 401 orang tengah hari tadi.


KOTA KINABALU, 12 Jan (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Puteri UMNO Sabah akan mengadakan satu kolokium pada 17 Jan ini untuk menghimpunkan pemimpin Pemuda BN Sabah bagi merumuskan cadangan dan syor yang bakal dijadikan manifesto BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) -- Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali hari ini menjelaskan surat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berhubung keperluan pasport dan dokumen perjalanan bagi kanak-kanak warga asing untuk berada di Malaysia.


PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) -- Kritikan oleh orang ramai terhadap penghakiman mahkamah mesti dilakukan secara membina dan dengan penuh hormat serta berniat baik, kata Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.