ARKIB › SENARAI BERITA




SANDAKAN, 12 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini menyampaikan cek faedah pengurusan jenazah kepada waris wartawan Kosmo, Mohammad Hafiz Ahmad yang meninggal dunia pada 21 Dis tahun lepas.


LUMUT, 12 Jan (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama dua nelayan warga Myanmar di 4.4 batu nautika barat daya Pulau Talang, di sini, petang semalam.


KOTA KINABALU, 12 Jan (Bernama) -- Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Marak Parak di Kampung Tandahawon di Kota Marudu pagi ini.


SEREMBAN, 12 Jan (Bernama) -- Persatuan Karyawan Negeri Sembilan akan mengadakan bengkel penulisan asas cerpen, novel dan manuskrip drama TV di Dewan Pejabat Risda, Dataran Rahang, di sini dari 23 hingga 25 Jan ini.


GUA MUSANG, 12 Jan (Bernama) -- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan dua penerbangan ihsan bagi membawa dua pesakit Orang Asli yang tinggal di pedalaman jajahan ini ke Hospital Gua Musang (HGM), petang semalam.


SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan banjir di Kuala Langat, Selangor dibuka petang semalam bagi menempatkan 18 mangsa daripada empat keluarga setakat 9 pagi ini.


KOTA KINABALU, 12 Jan (Bernama) -- Mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, Kudat setakat 8 pagi ini kekal 10 orang daripada tiga keluarga sepertimana malam tadi.