ARKIB › SENARAI BERITA




KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa maklumat mengenai wang RM50 juta, yang didakwa diberikannya kepada peguam Karpal Singh, kononnya bagi menyogok hakim dan pendakwa raya tidak dinyatakan secara spesifik dalam mana-mana tiga artikel akhbar Utusan Malaysia.


KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Bernama) -- Lebih 70 petugas media daripada pelbagai agensi media cetak dan elektronik di Terengganu hari ini menghadiri taklimat pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


PETALING JAYA, 23 Jan (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mencari kaedah terbaik untuk menyediakan bantuan kebajikan khas kepada penggiat seni dan karyawan negara bagi jangka masa panjang agar nasib golongan itu lebih terbela.


ALOR SETAR, 23 Jan (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mewujudkan pasukan khas di setiap balai bomba bagi mengendali haiwan berbisa terutamanya ular yang mencatatkan banyak kes pada tahun lepas.


PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Kastam terbakar di hadapan rumah kuarters yang didiaminya di Presint 11 di sini awal hari ini dipercayai perbuatan khianat.


PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Lebih 30,000 bengkel kenderaan bermotor di negara ini termasuk pusat servis, kedai tayar dan aksesori akan diwajibkan memiliki lesen untuk beroperasi apabila undang-undang berkaitan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan dikuatkuasakan.


PETALING JAYA, 23 Jan (Bernama) -- Tindakan dua rakan membaling topi keledar dan menunggang motosikal melawan arus bagi mengelak daripada ditahan polis, membawa padah apabila mereka masing-masing dihukum denda RM3,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.