SIARAN MEDIA EKSKLUSIF › SENARAI BERITA

SEOUL, Korea Selatan, 18 Jan (Bernama) -- Dengan matlamat membantu orang ramai hidup lebih sihat dan lebih bahagia, Herbalife Nutrition hari ini melancarkan Gene Start di Korea Selatan, yang pertama di pasarannya untuk memperkenalkan satu perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berinovatif yang menganalisis sifat genetik, tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang melalui penggunaan satu kit ujian genetik mudah alih. Pelancaran Gene Start akan memperkasakan Herbalife Nutrition untuk menyediakan penyelesaian pemakanan peribadi yang lebih komprehensif bagi memenuhi matlamat pemakanan dan kesejahteraan pengguna pada hari ini.

Sejak kebelakangan ini, permintaan bagi pemakanan bersifat peribadi - di mana penyelesaian pemakanan yang disesuaikan diberikan kepada individu berdasarkan faktor genetik, serta maklumat peribadi yang lain - telah semakin meningkat. Tinjauan daripada Kajian Pemakanan Seimbang Herbalife Asia Pasifik juga mendedahkan bahawa lebih satu pertiga daripada responden di Asia Pasifik ingin mendapatkan akses kepada nasihat pakar bagi pelan pemakanan yang bersifat peribadi bagi membolehkan penggunaan tabiat pemakanan yang positif.


SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 18 Jan (Bernama) -- Big Heart Foundation (TBHF), sebuah badan amal kemanusiaan global yang berpusat di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu, sedang membiayai fasa kedua untuk sebuah sekolah bagi kanak-kanak perempuan di Pakistan selaras dengan dedikasi mereka untuk memastikan kanak-kanak mempunyai akses kepada pendidikan, sekali gus membolehkan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti mereka. Projek itu akan dibiayai oleh 'Tabung Kanak-kanak Perempuan' TBHF, dengan kerjasama 'Tabung Malala', yang dilancarkan oleh pemenang Hadiah Nobel dan aktivis pendidikan, Malala Yousafzai.

Inisiatif itu telah diumumkan dengan kehadiran Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi, Utusan Khas Kemanusiaan bagi Big Heart Foundation dan Malala Yousafzai berikutan satu perjanjian yang ditandatangani di Oxford oleh Mariam Al Hammadi, Pengarah TBHF, dan Farah Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Tabung Malala.


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) semalam telah menandatangani perjanjian Usahasama Pembangunan Dana Wakaf bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Majlis perasmian dan menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.

Inisiatif yang dikenali sebagai "myWakaf" ini membolehkan enam (6) buah insititusi perbankan Islam yang merupakan ahli-ahli AIBIM bekerjasama dalam menyediakan saluran perkhidmatan perbankan untuk memudahkan para penyumbang melaksanakan ibadah wakaf bagi pembangunan projek wakaf di Malaysia. Usahasama wakaf Maik Muamalat ini merupakan perjanjian usahasama yang kedua dimeterai di dalam inisiatif "myWakaf" selepas Maybank Islamic Berhad bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) .


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) telah memperkenalkan Kempen Blue Ribbon sejak tahun 2013. Kempen ini bertujuan untuk memberikan sumbangan pengiktirafan dan penghormatan kepada individu serta organisasi yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha untuk melindungi nyawa orang awam daripada bahaya asap rokok. Ianya selari dengan prinsip Artikel 8 WHO-FCTC (Framework Convention on Tabacco Control) yang dimertai oleh Kerajaan Malaysia 2013. Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon terbahagi kepada tiga(3) kategori iaitu Pensijilan Premis, Anugerah Media dan Anugerah Pencapaian Cemerlang. Majlis ini, akan diserikan dan dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia.

Pensijilan Blue Ribbon merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada premis yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok secara sukarelawa. Di antara jenis premis yang telah dikenalpasti untuk menerima pensijilan adalah seperti pusat internet, kedai makan, taska, pusat komuniti dan lain-lain lagi. MySihat telah menerima permohonan sebanyak 253 premis dari seluruh negara dan 220 premis akan menerima pensijilan Kempen Blue Ribbon.


Menekankan keupayaan unik NTT Com di dalam menyampaikan pada awan yang terurus

TOKYO, 17 Jan (Bernama) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432) dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah diberikan status Platform Awan Emas Microsoft, akreditasi paling tinggi yang terdapat pada masa ini, untuk kecekapan mereka di dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti, kepakaran dan perkhidmatan terurus yang telah dibeza-bezakan di awan.

"Status emas adalah satu pengiktirafan yang penting di dalam kompetensi kami di dalam arena awan," kata Damian Skendrovic, Ketua Pegawai Eksekutif, NTT Com Perkhidmatan Terurus. "Dengan Kompetensi Platform Awan Microsoft kami dapat membantu perusahaan untuk menguruskan infrastruktur awan hibrid mereka, menyampaikan pada penyelesaian SaaS dan PaaS yang terdapat di tempat pasaran Azure dan Azure Stack yang akan membolehkan pelanggan kami untuk mengoptimumkan pada prestasi dan mencapai matlamat perniagaan mereka,"