SIARAN MEDIA EKSKLUSIF › SENARAI BERITA

TOKYO, 22 Nov (Bernama) --

-Menu Khas Ramen Boleh Didapati di 6 Kedai di Ramen Kokugikan Mai Tokyo; Acara-acara Krismas, Pertunjukan Bunga Api akan Menampilkan Odaiba-

AQUA CiTY ODAIBA, sebuah kompleks komersil di daerah Odaiba di Tokyo yang dikendalikan oleh Mitsubishi Jisho Retail Property Management Co., Ltd., akan menawarkan pelbagai mi ramen pada menu musim sejuk khas di enam buah restoran yang beroperasi di "Ramen Kokugikan Mai Tokyo," bermula pada Jumaat, 1 Disember.


TOKYO, 22 Nov (Bernama) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan acara jazz khas untuk tetamu yang menginap di Tingkat Kelab "Grand Premier" kami pada 7, 8, 14, 15, dan 16 Disember, 2017. Satu pasangan yang terdiri daripada artis piano dan artis kontrabes akan mengadakan persembahan jazz selama 30 minit di Lounge Kelab kami yang terletak di tingkat 45 pada pukul 5:30 petang, 6:30 petang, dan 7:30 malam. Tetamu yang mendengar sesi jazz ini boleh menikmati hors d' oeuvres atau pembuka selera, dan minuman beralkohol dan tanpa alkohol secara percuma.


RIYADH, Arab Saudi, 22 Nov (Bernama) -- Inisiatif Brightline hari ini mengumumkan bahawa Syarikat Telekom Saudi (STC) akan menyertai pakatan Inisiatif Brightline untuk membantu meningkatkan disiplin bagi pengurusan inisiatif strategik dan merapatkan jurang di antara reka bentuk dan penyampaian strategi perusahaan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171121005474/en/

Perjanjian inisiatif itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STC, Dr. Khaled Biyari dan oleh Pengarah Eksekutif Brightline Ricardo Vargas.


SHENZHEN, China, 22 Nov (Bernama) -- Mengulangi inisiatif "One Belt, One Road" itu, Pameran Hi-Tech China ke-19 (CHTF 2017) yang berakhir pada 21 November, menpelawa lebih dari 30 buah negara dan organisasi antarabangsa, termasuk Argentina, Belgium, Republik Czech, Jerman, Greece, Iran, Lithuania, Pakistan, Poland, Rusia, Sweden, United Kingdom dan Kesatuan Eropah, untuk mempamerkan bersama di Pavilion "One Belt, One Road", sekali gus menetapkan satu rekod baharu dalam sejarahnya.

Delegasi Bavaria menghantar 11 perusahaan termasuk peneraju teknologi tinggi terkemuka seperti Pfaff-Silberblau, sebuah perintis di dalam pemacu mekanikal dan peralatan dan penyelesaian pengangkat di bawah Produk Kejuruteraan Columbus McKinnon, serta empat pendatang baharu termasuk syarikat permulaan yang paling berinovatif NavVis.


KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Mesyuarat ASEAN Committee on Culture and Information (ASEAN-COCI) telah bersidang pada 21 - 23 November 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Memasuki edisi ke-52, mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Majlis Perasmian tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK).


HAIKOU, China, 22 Nov (Bernama) --

Hainan Baharu yang Indah, Pulau Pelancongan Bahagia. Pada pagi 18 November, Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 dimulakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan. Tetamu dan perwakilan dari 15 buah negara dan 22 wilayah dan bandar raya China dan hampir 3000 hadirin menyaksikan dan berkongsi detik bahagia ini. Sheng Xiaoming, Timbalan Setiausaha bagi Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC dan Gabenor bagi Wilayah Hainan, mengisytiharkan bahawa Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 telah bermula dan dimeriahkan dengan tetamu pada Majlis Pelancaran.

Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 mengalu-alukan pelbagai tetamu dari negara-negara dari luar China, termasuk Ireland, Romania, Filipina, Croatia, Rwanda, Bulgaria, Malaysia dan Itali.


TORONTO, 21 Nov (Bernama) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyampaikan pembentangan di TM Forum Live! Asia dengan kerjasama Telstra, syarikat telekomunikasi dan teknologi yang terkemuka di Australia.

Ketua Pegawai Teknologi Sigma (CTO), Catherine Michel, akan berada di atas pentas dengan Ketua Pegawai Teknologi (Pelanggan) Telstra, Dr. Fawad Nazir, untuk membincangkan mengapa penyedia perkhidmatan tradisional perlu mengguna pakai suatu penetapan minda "natif digital" dan ketangkasan operasi yang sesuai untuk berkembang maju di dalam sebuah ekonomi digital. Keupayaan untuk mewujud dan melancarkan penawaran baharu dalam beberapa minit sahaja, dan bukannya dalam tempoh berbulan-bulan, dan dengan pantas membolehkan model perniagaan baharu sangat penting untuk kejayaan sesebuah pengendali.