SIARAN MEDIA EKSKLUSIF › SENARAI BERITA

Jualan tersebut akan menjadi lelongan amal paling signifikan yang pernah dipersembahkan

LONDON, 24 Nov (Bernama) -- VistaJet, satu-satunya syarikat penerbangan peribadi global pertama, mengumumkan pada hari ini tentang penajaan sedunianya untuk pameran dan lawatan Koleksi Peggy dan David Rockefeller, lelongan paling signifikan yang khusus untuk mengumpul dana untuk tujuan amal. Perniagaan seni peneraju dunia, Christie's, akan mengendalikan jualan itu yang terdiri daripada pelbagai kategori, dan termasuk kemuncak lawatan pameran di Hong Kong, London, Los Angeles dan New York.


NEW YORK, 23 Nov (Bernama) -- Sektor industri pelancongan antarabangsa yang bernilai US$7.6 trilion, menjanakan kira-kira 10% GDP daripada seluruh dunia. Jenama antarabangsa dan pemilik hotel tempatan menghadapi persaingan yang sengit di era internet. Sepanjang dekad ini, hotel perlu menguruskan tempahan-tempahan yang diterima dari pelbagai saluran dan menghabiskan waktu untuk semak ketersediaan bilik dan menyusun jadual pelanggan. OwlTing, sebuah syarikat teknologi berasal dari Negeri Taiwan yang terkenal dengan teknologi rantaian blok (blockchain) dan perniagaan e-dagang, melancarkan "Sistem Pengurusan Hotel OwlNest Blockchain," sebuah platform pengurusan penginapan bersepadu yang mampu membantu hotel di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran jenama dan kepuasan pelanggan.

Pelancongan Antarabangsa Yang Terus Berkembang Mencabar Mutu Sistem Tempahan Hotel Dengan munculnya pelbagai agensi pelancongan online (Online Travel Agent, OTA), hotel perlu menyeimbangkan harga yang dibahagi kepada saluran OTA utama dan di laman web mereka sendiri untuk memastikan keuntungan yang sihat. Hotel juga perlu lebih memahami pelanggan setia mereka dan menyediakan strategi pemasaran yang lebih proaktif, tetapi semua ini tidak mampu diperolehi dengan penggunaan sistem pengurasan yang sedia ada sekarang. Oleh sebab demikian, OwlTing beri tumpuan dalam mewujudkan penyelesaian bagi masalah tersebut dengan manfaat inovasi teknologi maklumat blockchain. Dengan sistem OwlNest, hotel mampu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kepuasan pelanggan dan mendapat keuntungan lebih besar melalui platform berasaskan awan bersepadu.


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong telah turut menyertai delegasi rasmi Kerajaan Malaysia ke Rundingan Tahunan antara Malaysia dan Indonesia ke-12 yang telah berlansung di Kuching, Sarawak pada 22hb November 2017.

Semasa mesyuarat tahunan tersebut, delegasi daripada Malaysia yang diketuai oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak telah membangkitkan isu berkenaan sekatan perdagangan yang sedang hangat dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit.


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian orang ramai berhubung dengan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini berkenaan "IRB Needs Better System" (LHDNM Memerlukan Sistem yang Lebih Baik). LHDNM merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden MTUC atas pandangan dan cadangan yang diberikan.

Sehubungan dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan LHDNM sentiasa menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya dan ia bermula melalui reformasi sistem percukaian daripada sistem taksiran formal kepada sistem taksir sendiri (STS) mulai tahun taksiran 2001 untuk pembayar cukai syarikat dan tahun taksiran 2004 untuk pembayar cukai selain syarikat termasuk individu. Selaras dengan pengenalan STS ini, LHDNM telah memperkenalkan sistem e-Filing dan ByrHasil bagi memudahkan urusan pembayar cukai untuk mengisytiharkan pendapatan dan membuat bayaran cukai.


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menganjurkan forum "MENENTANG TIPUAN BIDA DAN PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN DALAM PEROLEHAN AWAM DI BAWAH AKTA PERSAINGAN 2010" bertempat di Pullman Hotel, Putrajaya. Forum ini telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan, wakil dari Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Forum ini merupakan program tahunan MyCC yang bertujuan memberi pendedahan mengenai amalan tipuan bida dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam perolehan awam di bawah Akta Persaingan 2010.

Akta Persaingan 2010 bertujuan untuk menggalakkan persaingan adil di kalangan perusahaan agar pengguna mendapat manfaat melalui pilihan barangan yang pelbagai dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang kompetitif.


HANGZHOU, China, 22 Nov (Bernama) -- Pada 18 November 2017, sebuah "perhimpunan keluarga" khas telah diadakan di Daerah Xiaoshan di Kota Hangzhou, satu daripada daerah bandar yang paling maju di timur China. 800 orang Xiaoshan, yang merupakan tokoh-tokoh terkemuka di pelbagai sektor merentasi negara itu dan dunia, kembali ke kampung halaman untuk majlis perjumpaan itu di bawah pelawaan kerajaan Daerah Xiaoshan untuk pertama kalinya.


DONGGUAN, China, 22 Nov (Bernama) -- Pada 26 November, Kejohanan Maraton Asia ke-16 & Marathon Antarabangsa Dongguan 2017 di bawah tema "Dongguan yang Indah, Maraton yang Mengujakan" akan bermula di Dongguan, China. Kejohanan yang akan datang ini menarik hampir 30,000 orang pelari, termasuk 49 atlet profesional dari 22 buah negara dan wilayah Asia seperti Jepun, Republik Korea, Republik Rakyat Demokratik Korea dan India.