SIARAN MEDIA EKSKLUSIF › SENARAI BERITA

SHANGHAI, 27 Mac (Bernama) -- Pada Oktober lalu, kerajaan China telah meluluskan satu pelan tindakan yang diberi nama "China Sihat 2030", dengan berikrar untuk membina sebuah negara China yang sihat dalam tempoh 15 tahun akan datang. Menjelang tahun 2030, saiz pasaran bagi penjagaan kesihatan dijangka mencapai $2.3 trilion. Inisiatif ini adalah selaras dengan keazaman China untuk memperdalamkan pembaharuan struktur sudut penawaran pada tahun 2017 dengan mengurangkan dengan ketara lebihan kapasiti, dan meningkatkan bekalan yang cekap yang memerlukan piawaian yang lebih ketat di dalam industri penjagaan kesihatan. Tempoh 15 tahun akan datang akan dapat melihat satu lonjakan dalam pelaburan dan perubahan di dalam industri.

Healthcare China 2017, yang dianjurkan oleh Reed Sinopharm Exhibitions (RSE), adalah satu platform bagi pelabur-pelabur dunia untuk mengetahui lebih lanjut tentang dinamik bagi perniagaan penjagaan kesihatan di China. Bakal diadakan pada 13 dan 14 Mei, 2017, di Pullman Shanghai, acara itu akan menarik kehadiran pemimpin-pemimpin korporat, pengawal selia kerajaan, orang yang berpengaruh, penyelidik dan usahawan, dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama bagi minat pelabur-bioperubatan, peralatan perubatan, dan perkhidmatan perubatan.


PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melibatkan dadah dalam kalangan pelajar pendidikan tinggi seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Universiti yang terlibat telah mengambil tindakan dengan menggantung pengajian ketiga-tiga pelajar yang terlibat sehingga kes siasatan selesai di Mahkamah.


PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina, Abd Rahim Summas dan Tayudin Anjut akan dterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Philippines Air Force (PAF), sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila.

Kementerian Luar Negeri sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang kedua-dua mangsa tersebut ke Malaysia dengan kadar segera.


SEPANG, 24 Mac (Bernama) -- AirAsia X Berhad mengumumkan promosi istimewa bagi penerbangan terus hariannya dari Kuala Lumpur ke Wuhan, dengan 8,888 tempat duduk promosi dari serendah RM188* sehala.

Tempah secara online di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone atau Android, dan terbang dari sekarang hingga 30 Jun 2017.


- Cawangan Singapura untuk membantu EDC mengembangkan tempahan pinjaman tahunan kepada USD 4 bilion menjelang tahun 2021

- Berpotensi untuk bekerjasama dengan bank-bank komersial di dalam kemudahan pembiayaan bersindiket bagi syarikat-syarikat Asia untuk menyokong perniagaan mereka yang berfokuskan perdagangan

- Pejabat cawangan baharu untuk menyokong dan menambah perwakilan semasa di Jakarta, Mumbai, Delhi, Beijing dan Shanghai

SINGAPURA, 24 Mac (Bernama) -- Export Development Canada (EDC), agensi kredit eksport Kanada yang dinamik, hari ini mengumumkan cawangan global mereka yang baharu dan pertama di luar Kanada, di Singapura. Cawangan baharu EDC itu akan membawa perniagaan pembiayaan berskala global lebih dekat kepada projek-projek dan syarikat-syarikat di seluruh Asia, ASEAN dan Oceania dengan berunding dan menaja jamin pembiayaan mereka dari Singapura.


LONDON, 23 Mac (Bernama) -- Michael Kors (NYSE: KORS), sebuah jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat berbangga untuk mengumumkan pelbagai produk dan inisiatif baharu yang direka untuk melanjutkan pertumbuhan dan keseronokan yang dijana oleh pelancaran MICHAEL KORS ACCESS pada musim luruh lalu, barisan jenama itu yang terdiri daripada jam tangan pintar dan pengesan aktiviti.

"Ia adalah jelas kepada saya bahawa masa depan fesyen akan menggabungkan reka bentuk yang hebat, gaya peribadi dan teknologi yang berinovatif," kata Michael Kors, "dan sambutan yang luar biasa untuk MICHAEL KORS ACCESS telah mengesahkan bahawa masa hadapan adalah sekarang. Kami teruja kerana dapat menawarkan kepada generasi seterusnya jam tangan pintar dan pelbagai hibrid."


MELAKA, 23 Mac (Bernama) -- Status universiti berfokus tidak menghalang Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mendapat kepercayaan pihak industri bagi menerajui kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi setanding universiti penyelidikan terkemuka lain.

Kerjasama universiti dan industri itu melibatkan beberapa syarikat terkemuka negara iaitu Composite Technology Research Malaysia (CTRM), Aerospace Malaysia Innovation Center (AMIC), MIMOS Semiconductor Sdn. Bhd, Spectre Solutions (M) Sdn. Bhd, Jabil Circuits Sdn. Bhd, dan Stevia Industry Sdn. Bhd.