•   

PERSPEKTIF ISU MASA KINI › BERITA




'Firdaus 2050' Bantu Lahir Generasi Lengkap - Idris Jusoh


KUALA TERENGGANU, (Bernama) -- Misi dan visi melahirkan individu berkeperibadian mulia serta berdaya saing hanya akan tercapai jika masyarakat mengubah cara pemikiran.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang mencetuskan idea 'Firdaus 2050' iaitu generasi yang lengkap dengan ilmu agama, pendidikan serta maju dalam ekonomi berkata corak pemikiran yang hanya pada tahap 'jutaan', perlu ditukar kepada 'bilion dan trilion'.

"Masyarakat tempatan (Terengganu) hanya kebiasaannya melihat apa yang kita ada dalam konteks Terengganu sahaja...mereka tidak lihat dalam konteks lebih besar iaitu Malaysia. Kalau hendak jadi yang terbaik di dunia sekarang, mereka perlu sasarkan bukan sahaja jutaan tetapi tentang bilion...syarikat besar luar negara sudah pun bernilai trilion ringgit.

"Kalau kita bandingkan dengan apa yang kita ada sekarang, kita tidak akan ke mana-mana. Kita akan sentiasa menjadi orang yang tidak mampu membuat keputusan," katanya pada pemberita pada sidang media selepas Pelancaran Gelombang Firdaus 2050 Peringkat Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri lebih 200 anggota Persatuan Pesara Negeri Terengganu dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Terengganu.....