•   

PERSPEKTIF ISU MASA KINI › BERITA




Sistem Ranking Keselamatan Amerika Syarikat: Malaysia Selamat Untuk Pelancong


KUALA LUMPUR (Bernama) -- Disenaraikan di tahap terendah dalam sistem ranking keselamatan dan sekuriti yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat menunjukkan Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk aspek-aspek keselamatan di kalangan pelancong.

Pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Mohd Yazid ZulKepli berkata tinjauan positif itu menunjukkan tahap keselamatam umum di negara ini yang sederhana dan selamat untuk pelancong.

"Selepas insiden serangan ke atas Modiva pub oleh penyokong ISIS (Daesh) pada Jun 2016, tiada laporan mengenai kejayaan serangan di Malaysia. Pasukan polis juga telah berjaya mengekang dan mengawal ancaman keganasan dengan kira-kira 400 suspek ditahan," kata beliau kepada Bernama hari ini mengenai ranking sistem amaran perjalanan itu yang dikeluarkan pada 10 Jan.

Negara-negara yang berada di Tahap Satu: 'Exercise Normal Precautions' antaranya ialah Australia, Singapura, Brunei, Sweden dan Switzerland.

Sebelas negara menduduki ranking Tahap Empat, 'Do Not Travel' iaitu Afghanistan, Republik Afrika Tengah, Iran, Iraq, Libya, Mali, Korea Utara, Somalia, Sudan Selatan, Syria dan Yaman.....