•   

PERSPEKTIF ISU MASA KINI › BERITA




Selangor Dibelenggu Dilema Politik Dan Pentadbiran


Oleh V.Sankara Subramaniam dan Siti 'Aisyah Harun

SHAH ALAM, 29 Dis (Bernama) -- Sepanjang 2017, pelbagai isu hangat membelenggu Selangor termasuk dilema politik dan pentadbiran kerajaan negeri sehingga menjurus kepada keraguan terhadap kredibiliti dan kemampuan Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Mohd Ali dalam mentadbir negeri.

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei untuk mengakhiri hubungan tahaluf siyasi dengan PKR memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri sehingga menimbulkan spekulasi pertukaran kerajaan negeri.

Isu itu menjadi lebih hangat dengan polemik kedudukan tiga anggota Exco PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib dalam pentadbiran kerajaan negeri yang meletakkan Mohamed Azmin dalam keadaan tersepit'.

Kemelut itu berjaya diredakan apabila PAS memutuskan ketiga-tiga anggota Exco itu kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, namun tindakan itu menerima kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai 'tinggal serumah, meskipun telah bercerai'.

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN, dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, Barisan Nasional (BN) 12 kerusi dan Parti Amanah Negara serta Bebas, masing-masing dua kerusi.....