•   

PERSPEKTIF ISU MASA KINI › BERITA




Usaha Perangi Pembiayaan Keganasan Perlu Kerjasama Global - Pakar


Oleh Mohd Faizal Hassan

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Melihat pada perkembangan teknologi tanpa sempadan yang begitu pantas, usaha memerangi pembiayaan keganasan perlu dilakukan dengan lebih berkesan menerusi metodologi terkini dan kerjasama kukuh peringkat global, kata pakar.

Pakar daripada antipembiayaan keganasan percaya pemain pelbagai peringkat perlu meningkatkan kerjasama dalam mengenal pasti sejauh mana pembiayaan keganasan serta instrumen yang digunakan.

Mereka percaya mekanisme pelbagai peringkat seperti sektor awam, swasta dan bank perlu memaksimumkan peranan teknologi serta inovasi untuk memerangi pembiayaan keganasan.

Pengarah Pusat Kajian Jenayah Kewangan dan Keselamatan Royal United Services Institute, United Kingdom, Tom Keatinge berkata pemain industri setidak-tidaknya perlu berada selangkah di depan kumpulan pengganas dan militan ini dengan bekerjasama dan berkongsi pengetahuan tentang pembiayaan keganasan.

Bercakap kepada Bernama dan Straits Times Singapura di luar Sidang Kemuncak Antipembiayaan Keganasan di Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini, Keatinge berkata yang beliau bimbangkan ialah pendekatan memerangi pembiayaan global diwujudkan selepas tragedi 9/11 iaitu 16 tahun lalu.....