•   

PERSPEKTIF ISU MASA KINI › BERITA




Utusan PBB Gesa Lebih Banyak Sokongan Untuk Mangsa Keganasan Seksual Terhadap Wanita Islam Rohingya


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, (Bernama) -- Seorang utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta agar langkah-langkah dipertingkat bagi melindungi dan membantu mangsa keganasan seksual dalam kalangan ribuan pelarian masyarakat Islam Rohingya yang tinggal sekitar bandar Cox Bazar di Bangladesh, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

"Pemerhatian saya menunjukkan satu corak kekejaman yang meluas, termasuk rogol, rogol berkumpulan oleh anggota tentera, dihina dan dibogelkan di khalayak ramai, serta perhambaan seksual dalam tahanan tentera yang dilakukan terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita Islam Rohingya," kata Wakil Khas PBB mengenai isu Keganasan Seksual dalam Konflik, Pramila Patten, pada Khamis selepas berkunjung ke beberapa kem pelarian sementara.

Krisis kemanusiaan yang berpunca daripada peningkatan keganasan di negeri Rakhine, Myanmar itu telah mengakibatkan malapetaka yang membawa penderitaan.

Lebih 600,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri menyeberangi sempadan ke Bangladesh sejak 25 Ogos.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menganggarkan Bangladesh kini menjadi tuan rumah kepada lebih 800,000 pelarian Rohingya.....