•   

PERSPEKTIF ISU MASA KINI › BERITA




200 Anggota NGO Baling Desak Myanmar Hentikan Kekejaman


BALING, 10 Sept (Bernama) -- Kira-kira 200 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Baling hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya di negara itu.

Perhimpunan lebih sejam itu turut disertai anggota Pemuda UMNO, Pemuda PAS, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pelajar GiatMara daerah itu.

Mereka turut membawa sepanduk tertera perkataan 'Tarik balik anugerah Nobel Keamanan daripada Aung San Suu Kyi', 'PBB segera hantar tentera keamanan ke Rakhine' dan 'Keluarkan Myanmar daripada ASEAN''.

Naib Pengerusi Aman Malaysia yang juga pengerusi Biro Antarabangsa UMNO Kedah Mohd Noor Mohd Amin berkata perserta perhimpunan mendesak Myanmar dikeluarkan daripada ASEAN kerana gagal menepati asas penubuhan ASEAN iaitu mementingkan keamanan sejagat.

"Kami mendesak tindakan tersebut diambil segera kerana Myanmar tidak layak berada dalam ASEAN disebabkan tidak memihak kepada keamanan dan melakukan kezaliman terhadap penduduk Islam Rohingya," katanya ketika ditemui pada perhimpunan itu.....