•   

PERSPEKTIF ISU MASA KINI › BERITA




Guna Produk Biodegradasi Demi Masa Depan Wilayah Persekutuan


Oleh Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Dengan 440 tan sisa plastik dibuang di ibu negara setiap hari, ia mampu menutup keseluruhan bandar raya ini dalam masa 255 tahun.

Jumlah tersebut boleh menutup Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam tempoh 51 tahun dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh 96 tahun.

Ini kerana dengan jumlah sisa plastik yang dibuang itu setiap hari di Kuala Lumpur, selepas setahun dipercayai warga kota mampu menutupi 116 padang bola bersaiz antarabangsa.

Demikian gambaran yang diberikan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan memperlihatkan masalah sisa plastik di ibu kota adalah serius dan perlu diatasi.

Lebih memburukkan keadaan, beliau berkata, sisa plastik mengambil masa kira-kira 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan.....