AM › BERITA





Beberapa Jalan Ditutup Sempena 'World Urban Run' Ahad Ini


Tarikh kemaskini: 10/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat untuk acara larian 'KL World Urban Run 2018' pada Ahad ini bersempena penganjuran Forum Bandar Sedunia ke-9.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata acara yang berlangsung di Dataran Merdeka itu bermula 6 pagi hingga 11 pagi.

"Jalan yang ditutup secara berperingkat ialah Jalan Parlimen di kedua-dua arah, Jalan Tun Ismail dari Jalan Sultan Sallehuddin, Bulatan Datuk Onn, Jalan Tang Ling, Jalan Lembah, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tugu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut ditutup jalan di sekitar Taman Tasik Perdana, Persimpangan Jalan Sultan Ismail ke Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi ke Jalan Ampang, Jalan Ampang menghala Lebuh Ampang, Jalan Tun HS Lee ke Jalan Tun Perak, Jalan Tun Perak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman serta Jalan Raja ke Dataran Merdeka.

Orang ramai dinasihati agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan anggota polis yang bertugas atau menggunakan pengangkutan awam.....