AM › BERITA





Program Jelajah Pendidikan Platform Pamer Kejayaan, Bertemu Masyarakat


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018 yang bermula hari ini akan menjadi platform mempamerkan kejayaan bidang pendidikan dan keberhasilan pelajar pada semua peringkat pendidikan.

Ketua Setiausaha KPM Datuk Seri Alias Ahmad berkata program tahunan itu yang akan diadakan di enam bandar utama juga akan memfokuskan kepada memberi penerangan berkaitan isu semasa, selain perkongsian maklumat bersama masyarakat.

Enam lokasi terlibat ialah Langkawi, Kedah (22 hingga 24 Feb), Pasir Puteh, Kelantan (8 hingga 10 Mac), Parit Buntar, Perak (30 Mac hingga 1 April), Temerloh, Pahang (13 hingga 15 April) dan Tawau, Sabah (20 hingga 22 April).

"Melalui program ini, kita mahu menerangkan secara terperinci dasar dan transformasi gelombang baharu pendidikan. Ramai yang tidak memahami kokurikulum di sekolah dan ada sesetengah pihak pula mengelirukan mereka.

"Jadi program jelajah ini adalah landasan terbaik untuk menerangkan kepada masyarakat dan mereka juga boleh bertanyakan pelbagai soalan berkaitan pendidikan prasekolah hingga menengah," katanya selepas pelepasan program Jelajah Pendidikan KPM 2018 di perkarangan kementerian.....