AM › BERITA





Penggerudian Eksplorasi NK-3 Reach Energy Akan Bermula


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Penggerudian telaga menegak Kariman Utara 3 (NK-3) di Kazakhstan, bagi mencari potensi hidrokarbon yang terkumpul berhampiran ,medan Kariman Utara sebagai sebahagian daripada komitmen Emir-Oil seluas 804.8 kilometer persegi akan dimulakan pada 10 Feb ini.

Medan gas dan minyak daratan Emir-Oil dimiliki oleh Palaeontol BV, yang sebaliknya, dikuasai sebanyak 60 peratus oleh Reach Energy Bhd.

Reach Energy dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, berkata memandangkan telaga eksplorasi (NK-1 dan NK-2) sebelum ini telah ditemui minyak, peluang ke atas telaga berkenaan adalah lebih tinggi.

"Di samping itu, NK-1 dan NK-2 telah mempamerkan kadar pengeluaran yang sangat positif semasa tempoh ujian pengeluaran. Oleh yang demikian, NK-3 juga dijangka akan berprestasi baik.

"Jumlah tempoh penggerudian dijangka selesai pada 85 hari,\" katanya.....